Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Masa ni datang ke rumah honey di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Dapat cuti kerja dua hari dan memang dah rancang nak datang ke sini. Saja jalan jauh beraya dengan mat ajak dia untuk teman hubby. Hubby nak pergi seorang diri masa itu memang tak berani lagi. Sampai saja di sana dah maghrib. Selepas tu rehat di rumah dan kemudian honey bawa keluar pusing-pusing Johor. Hubby dengan mat ikut saja honey sebab bukan tahu pun jalan di sana. Dua hari tinggal di sana. Puas jalan-jalan dan jumpa honey. Makan minum semua cukup saja. Terima kasih kepada keluarga "Elsa" sebab layan kami dengan baik sekali.
#1 September 2012
#Taman Kota Jaya
#Kota Tinggi
#Johor

Tiada ulasan:
Catat Ulasan