16 April 2011

Ahad, 23 November 2014

Water Theme Park Gambang Kuantan Pahang


Masa ini "on the way" ke Water Theme Park Gambang, Kuantan, Pahang. Kami berdua memang suka sangat pakai baju warna biru bila keluar. Hari ini jalan jauh pula "holiday" sebab selepas ini hubby akan ke Pusasda, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan. Sebelum nak pergi ke gambang, kami singgah dulu di Pantai Teluk Cempedak. Sudah jadi kebiasaan kami selalu pergi ke pantai. Selepas puas duduk di pantai, baru kami pergi ke Water Theme Park Gambang untuk mandi pula. Sesudah puas mandi di situ sampai ke petang, kami pun beransur pulang. Masa ini jalan jauh sebab takut nanti tak dapat luang masa bersama lagi. Hubby tetap sayang honey walau macam mana pun. Tunggu hubby honey.
#29 Disember 2012
#Water Theme Park Gambang
#Kuantan
#Pahang

Rabu, 19 November 2014

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


"Date" di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka selepas penat berjalan bersama. Tema baju warna biru. Duduk dalam kereta saja sebab masing-masing sudah penat & malas nak keluar. Honey suka sangat ambil gambar macam tu.  Apa-apa pun honey tetap comel pada hubby.
#25 Disember 2012
#Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Selasa, 18 November 2014

Dataran Pahlawan Melaka


"Date" di Dataran Pahlawan, Melaka sambil cari hadiah untuk kawan honey yang nak berkahwin. Beli hadiah di Hinode Shop. Akhirnya selesai juga beli hadiah. Siap buat bentuk baju lagi tu. Cantik saja hadiah tapi lagi cantik honey. Selepas tu, pergi ke rumah kawan honey di Ujong Pasir untuk berikan hadiah. Macam-macam ragam honey ambil gambar. Comel saja. Sesudah honey hantar hadiah dan bersembang dengan kawannya, hubby hantar honey balik ke KUIM. Hubby love you honey.
#1 November 2012
#Dataran Pahlawan
#Melaka

Ahad, 16 November 2014

Melaka Sentral Melaka


Masa ni hubby hantar honey ke Melaka Sentral sebab honey nak balik Johor. Memang selalu hubby yang hantarkan honey ke Melaka Sentral. Sambil tunggu bas honey sampai, ambillah gambar sekejap. Muka saling tak tumpah serupa saja. Hubby "will miss you" honey.
#29 September 2012
#Melaka Sentral
#Melaka

Karnival Kerjaya MITC Ayer Keroh Melaka


Hari ni honey teman hubby pergi ke Karnival Kerjaya di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Hubby nak cari kerja. Honey teman saja hubby di karnival tu. Honey ikut saja ke mana hubby pergi. Selepas sudah habis semua di karnival tu, keluar pergi "date". Suka sangat honey ambil gambar. Lihat honey, comel saja. Hubby rindu honey.
#16 September 2012
#MITC Ayer Keroh
#Melaka

Taman Kota Jaya Kota Tinggi Johor


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Masa ni datang ke rumah honey di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Dapat cuti kerja dua hari dan memang dah rancang nak datang ke sini. Saja jalan jauh beraya dengan mat ajak dia untuk teman hubby. Hubby nak pergi seorang diri masa itu memang tak berani lagi. Sampai saja di sana dah maghrib. Selepas tu rehat di rumah dan kemudian honey bawa keluar pusing-pusing Johor. Hubby dengan mat ikut saja honey sebab bukan tahu pun jalan di sana. Dua hari tinggal di sana. Puas jalan-jalan dan jumpa honey. Makan minum semua cukup saja. Terima kasih kepada keluarga "Elsa" sebab layan kami dengan baik sekali.
#1 September 2012
#Taman Kota Jaya
#Kota Tinggi
#Johor

Mahkota Parade Melaka


Masa ni "date" di Mahkota Parade, Melaka. Makan claypot dekat food court sebab honey sudah lapar. Asyik makan saja. Mana tak gemuk kami. Luangkan masa bersama-sama. Apa-apa pun terima kasih honey sebab sudi luangkan masa bersama. Kenangan bersama honey tidak dapat dilupakan dan sungguh indah sekali. Terima kasih honey.
#16 Julai 2012
#Mahkota Parade
#Melaka

Mydin MITC Ayer Keroh Melaka


Minggu lepas beli baju "Body Glove" ni & minggu ni pakai pula keluar "date" di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka. Tema baju kuning. Lihat tu, honey lapar sangat. Makan perlahan-lahan honey. Jangan gelojoh sangat. Nanti tersedak. Kali ni jalan-jalan di sini saja. Menghabiskan masa terluang yang ada bersama. Hubby love you honey.
#6 Mei 2012
#Mydin MIITC
#Ayer Keroh
#Melaka

Sabtu, 15 November 2014

Hari Ulangtahun Pertama


Selamat Hari Ulangtahun yang pertama honey. 1st time sambut anniversary bersama. Anniversary kami 16 April tapi sambut lambat sikit sebab honey masih study. Masa ni pergi ke Dataran Pahlawan beli baju "Body Glove" warna kuning sebagai hadiah 1st anniversary. Selepas tu, pergi main bowling di Mahkota Parade. Kebiasaannya mestilah hubby yang menang main bowling. Honey asyik kalah saja. Sudah penat main bowling pergi makan di food court. Selepas makan, jalan-jalan sekejap di Mahkota Parade dan kemudian terus pergi ke Dataran 1 Malaysia Klebang. Macam biasa duduk sambil layan angin pantai. Comel saja bergambar berdua. 1st anniversary memang tak dapat dilupakan. Semua tu kenangan yang terindah sekali. Hubby sayang honey, hubby cinta honey, hubby rindu honey. Muah muah muah.
#1 Mei 2012
#Dataran Pahlawan
#Mahkota Parade
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Kafe Balqis Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


Masa ni berada di Kafe Balqis, Masjid Tanah, Melaka. Suka sangat kami makan kat sini. Honey selalu ajak hubby makan kat sini. Honey mesti makan tom yam saja. "Favourite" honey katakan. Selepas sudah kenyang makan, petang tu kami lepak di Pantai Pengkalan Balak. Sudah kenyang makan, kena pula angin pantai. Terasa nak tidur saja. Ada buaian kat situ. Honey suka main buaian tu. Seronok saja honey. Lama dah tak pergi sana. Rindu pula. Hubby love you honey.
#10 April 2012
#Kafe Balqis, Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Restoran Ikan Bakar Umbai Melaka


Kali ni jalan-jalan "date" pergi ke Restoran Ikan Bakar, Umbai, Melaka. Honey mengidam teringin sangat masa tu nak pergi Umbai makan ikan bakar & seafood. Kesian honey, muka luka ada calar pada masa tu & tangan pula melecur terkena minyak panas. Banyak honey makan pada malam tu. Tema baju warna putih. Kami kalau keluar memang selalu makan saja. Malam tu makan sampai kenyang sampai tak boleh nak makan lagi. Nanti kalau ada masa kita keluar pergi lagi honey.
#2 April 2012
#Restoran Ikan Bakar Umbai
#Melaka

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


Masa ni "date" di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Duduk kat situ sambil sembang bercerita layan angin pantai. Dalam masa yang sama, "snap" gambar ini. Muka kami sama saja kan. Comelkan kami. Hubby sayang honey "until forever". "Only you honey in my heart". Jiwang pula hubby. Bila hubby ingat semua ini kembali, rindu sangat saat ini.  Walaupun honey garang tapi tetap ada kelembutannya. Hubby love you honey.
#19 Februari 2012
#Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Jumaat, 14 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Gunung Ledang, Sagil, Johor lagi kita "date". Abaikan mulut hubby yang ternganga tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan "ok". Suka sangat kami berdua pergi Sagil mandi air terjun. kata honey "sejuk mandi kat sini dan pemandangan hijau buat hati tenang sekali". Rindu nak "date" lagi kat sini dengan "my honey". Sejuk dan nyaman sahaja suasana di sini. Kalau berkesempatan kita pergi lagi honey berdua bersama2.
#31 Januari 2012
#Gunung Ledang Sagil
#Johor

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Jalan-jalan "date" di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka lagi. Luangkan masa bersama-sama. Suka sangat duduk kat sini layan angin pantai. Tenang saja jiwa. Comel honey dan putih saja. Hubby pula yang gelap. Seronok sangat dapat keluar berdua bersama. Hubby love you so much honey.
#3 Januari 2012
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Khamis, 13 November 2014

Memori 2011


Ini kisah kami pada tahun 2011. Sebenarnya gambar "1st date" tak ada dalam ni sebab hilang. Jadi ini sahaja gambar yang ada pada tahun 2011. "2nd date" kita keluar saja sudah bergaduh. Masa itu hubby tak kenal lagi honey macam mana. Sudah lama-lama baru hubby tahu honey macam mana. Kenangan ini memang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila dan akan tetap abadi dalam hati sepanjang hayat. Sayang, cinta, rindu pada honey.
#Memori 2011
#Gunung Ledang Sagil
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Dataran Pahlawan
#Melaka <3 Johor

Dataran Pahlawan Melaka


Masa ni "date" di Dataran Pahlawan, Melaka. Hubby sejuk, itu yang pakai sweater. Dulu hubby memang tak boleh sejuk2 sangat tapi sekarang sudah "ok" saja. Honey memang boleh sejuk. Itu yang "ok" je. Penat jalan pusing-pusing satu Dataran Pahlawan. "Last sekali" duduk kat tengah-tengah Dataran Pahlawan tu yang ada air pancut tu sambil lihat ikan. Alang-alang itu, "snap" gambar ini. Sweet je kan.
#27 Oktober 2011
#Dataran Pahlawan
#Melaka

Selasa, 11 November 2014

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Masa ni di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Kali ni keluar jalan-jalan "date" macam biasa. Lihat tudung honey itu, ada bunga warna hitam. Comel & "cute" honey. Melepak dekat sini makan pisang goreng sambil layan angin pantai sepoi-sepoi. Masa ni, honey sahaja yang suap hubby. Hubby makan sahaja. "Feeling" duduk dekat pantai berdua "date". Terima kasih honey atas cinta honey pada hubby.
#8 Oktober 2011
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Jumaat, 7 November 2014

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Masa ni berada di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Hubby ambil honey di Melaka Sentral waktu tu. Selepas tu, terus datang ke sini dengan motor Ex-5. Harta tu saja yang ada masa tu. Tema baju warna biru. Selepas "date" lama-lama di situ, hubby terus hantar honey ke Kolej.
#17 September 2011
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Isnin, 3 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Gambar di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Johor lagi. Kami memang suka datang ke sini untuk mandi air terjun. Kali ini istimewa sebab pakai selipar, jam dan cincin yang sama. Terima kasih honey untuk selipar itu. Warna hijau kegemaran hubby. Jam dan cincin kita cari sama-sama di Mahkota Parade, Melaka. Cincin itu terukir nama kita di sebelah dalam. Bila rindu boleh lihat semua tu dan ingat kembali.
#10 September 2011
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil
#Johor

Ahad, 2 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Ini gambar masa di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Johor. Kami datang ke sini untuk mandi air terjun. Selepas sebulan hubby Kursus KADAR di Rejimen 508 Askar Wataniah, Rasah, Seremban, Negeri Sembilan dan selesai mengisi borang berhenti KUIM untuk majlis konvokesyen, kami merancang untuk "dating" mandi air terjun di sini setelah sekian lama tidak berjumpa untuk melepaskan rindu masing-masing. Gambar hubby tak ada dalam ini sebab honey tak pakai tudung masa ambil gambar dengan hubby.  Lihat muka honey penat saja. Mana tidaknya, mendaki gunung sampai atas sekali untuk mandi air terjun. Kami luangkan masa di sini untuk bergembira dan berseronok.
#30 Julai 2011
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil
#Johor

Perkenalan Kali Pertama


Ini adalah gambar 1st dan 2nd hubby dapat daripada honey masa mula-mula kenal dan mengurat honey dulu. Masa tu kita sembang2 di facebook. Tak tahu pula honey budak PSTD (KUIM). Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air". Selepas sudah lama bersembang di facebook, hubby pun minta nombor telefon honey. Malam pada hari yang sama hubby mesej honey. Hubby pun minta gambar honey dan hubby dapatlah gambar ini daripada honey. Masa tu tak kenal lagi honey yang mana satu. Bila datang PSTD masa koku, baru tahu dan kenal honey yang mana satu. Itu pun hubby tengok honey daripada jauh saja. Bila teringat kembali semua ni, terasa manis sahaja waktu itu.
#Perkenalan Kali Pertama
#Pasukan Simpanan Tentera Darat
#Kolej Universiti Islam Melaka