16 April 2011

Ahad, 28 Disember 2014

Wedding Farid Dan Zulaikha


Selamat penganti baru buat Farid dan Zulaikha. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Masa ni pergi wedding Farid kat Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor. Sebab masa kat Melaka tak dapat datang. Jadi pergi kat JB pula. Masa datang ni bawa sekali family honey. Meriah sangat majlis. Kahwin sudah kawan hubby. Ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi Farid. Terima kasih honey dan keluarga sebab sudi teman pergi majlis kahwin ni. Terima kasih juga sebab bagi tumpang tidur di rumah dan makan minum semuanya cukup.
#29 November 2014
#Wedding Farid Dan Zulaikha
#Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat
#Johor

Port Dickson Negeri Sembilan


"Date" selepas tamat latihan Kem Tahunan 41 Wksp (AW). Kami berkongsi cerita dan melepaskan rindu masing2 setelah 2 minggu jarang mesej dan call. Keluar jalan2 di Port Dickson. Lepas tu hantar honey balik JB. Hubby gembira dengan honey semalam. Terima kasih atas segalanya honey. Hubby akan merindui honey.
#9 November 2014
#Port Dickson
#Negeri Sembilan

Dataran Jasin Melaka


Masa ni bawa honey jalan2 kat Dataran Jasin. Asyik pergi Melaka saja. Kali ni pergi jasin pula. Saja bawa honey pusing2 sini. Lepas tu baru bawa honey pusing2 Melaka. Tengok senyuman honey tu, bahagia saja hubby tengok. Terima kasih sebab hadir dalam hidup hubby. Hubby bahagia sepanjang bersama honey. Terima kasih juga sebab sudi menyanyangi hubby. Hubby akan sayang honey sampai bila2. Honey tetap dalam hati hubby selamanya.
#13 September 2014
#Dataran Jasin
#Melaka

Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka


Selamat Hari Konvokesyen Honey. Tahniah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma. Hari ni hari yang berbahagia buat honey. Mestilah hubby akan datang. Hubby datang bawa katak pink yang comel tu untuk honey. Semoga selepas ni mendapat pekerjaan yang baik dan bahagia dunia akhirat honey.
#11 September 2014
#Dewan Seri Negeri
#Ayer Keroh
#Melaka

Sabtu, 27 Disember 2014

Selamat Hari Lahir Honey


Selamat Hari Lahir Honey. Semoga panjang umur, sihat selalu, murah rezeki dan bahagia di samping orang yang tersayang. Walaupun sambut birthday lambat sehari tapi hubby akan buat honey gembira di hari yang penting ni. Pagi tu nak ambil honey kat Ayer Keroh tapi tak jadi sebab honey dah sampai Melaka Sentral.  Lepas tu terus gerak ke sana ambil honey. Ambil saja honey terus pergi Bandar Hilir jalan2. Hari ni jadi photografer kepada honey. Puas ambil gambar honey kat mana saja honey nak. Hari bahagia honey kan. Mestilah penuhi segala kehendaknya. Selesai buat photoshoot pergi beli sepotong kek birthday untuk honey. Lepas tu pergi Shusi King dan sambut birthday kat sana. Dah kenyang makan, jalan2 sekejap kat Eye On. Pergi pantai memang wajib. Tak sah kalau tak pergi. Lepas tu hantar honey balik kat Alor Gajah rumah cjey. Esok tu honey nak ambil jubah konvo. Sesudah hantar honey ke Alor Gajah hubby pun baliklah Seremban. Nak kerja esok katakan. Hubby harap honey bahagia pada hari ini dan terima hadiah hubby yang tak seberapa ini. Terima kasih honey sebab sudi keluar dengan hubby.
#7 September 2014
#Bandar Hilir
#Eye On
#Melaka

Pstd Kuim Melaka


Masa ni baru lepas bersurai latihan pstd. Masa ni juga tengok budak baru kena salam perkenalan. Baju tak sama pula. Sebab duduk rumah sewa. Jadi tak ada baju sangat. Jalan2 Masjid Tanah saja pergi pasar malam. Lepas tu lepak dekat Pantai Pengkalan Balak. Dah duduk lama kat situ hantar honey pergi rumah sewa diana sebab esok honey nak siapkan borang berhenti kolej. Lepas tu hubby baliklah Seremban. Terima kasih honey luangkan masa bersama.
#10 Ogos 2014
#Pstd Kuim
#Melaka

Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kali ke-4 kita beraya bersama lagi honey. Gembiranya sangat. Tema baju pink. Masa ni datang dengan family pergi beraya di rumah honey. Selalu datang sorang saja tapi kali ni bawa family sekali datang raya. Dekat 4 jam nak pergi rumah honey. Jalan raya katakan. Sampai saja kat sana wajib makan dulu. Kalau mama masak memang sedap. Banyak lauk-pauk. Kenyang sangat makan. Lepas saja makan abah duduk sembang dengan papa. Sambil2 tu merisik honey sekali tanya macam mana cara2nya. Selesai saja tanya barulah tahu macam mana kehendaknya. Rasa gembira sangat masa tu. Allah saja yang tahu. Masanak balik tu minta izin papa nak keluar dengan anaknya sekejap. Tu yang ambil gambar ni. Memang terpancar senyuman. Terima kasih honey atas segala kasih sayang honey. Tiada yang mampu buat hubby bahagia selain honey. Terima kasih sangat2 honey. Allah saja yang tahu macam mana perasaan ini. Syukur alhamdulillah.
#30 Julai 2014
#Taman Kota Jaya
#Kota Tinggi
#Johor

Bazar Karat Pandan Kota Tinggi Johor


Ke Kota Tinggi lagi. Kali ni datang dengan mat dan eton. Katanya nak jalan jauh. Ikutkan jela. Masa ni dah plan nak kenakan honey. Puas honey pujuk hubby suruh ikut mat dan eton datang sini. Saja je cakap kat honey tak dapat datang dan tak boleh ikut tapi memang datang pun. Honey sampai marah2 dan gaduh2 mesej dan call suruh datang. Sampai saja kat sana, honey senyum saja dan pas tu buat muka merajuk. Kenalah pujuk jawabnya. Lepas tu pergi bazar ramadhan beli makanan untuk berbuka kat rumah honey. Lepas saja berbuka, duduk2 sekejap dan terus pergi bazar karat jalan2 tengok baju raya. Tapi tak beli apa2 pun. Lepas tu pergi pandan pula hantar honey ke tempat family honey berniaga. Sampai saja sana, rehat kejup. Angah belanja air dan dapat pula songkok masa tu dari papa. Dah puas jalan dan rehat kat situ, kami pun beransur pulang. Terima kasih mat dan eton sebab bawa datang sini. Terima kasih juga pada keluarga elsa sebab belanja minum air dan songkok. Maaf honey sebab buat honey marah. Saja nak buat suprise. Terima kasih honey.
#5 Julai 2014
#Bazar Karat
#Pandan
#Kota Tinggi
#Johor

Kota Tinggi Johor


Datang ke Kota Tinggi lagi jumpa honey. Tahun ni banyak kali pergi Kota Tinggi. Dah honey tinggal kat sana kan, kenalah datang ke sana. Temabaju warna biru. Keluar jalan2 kat Tesco Ulu Tiram saja. Pergi karoake dan makan2. Suka sangat dapat luangkan masa dengan honey.Seronok sangat.
#23 Jun 2014
#Kota Tinggi
#Johor

Jumaat, 26 Disember 2014

Ulang Tahun Ketiga


Selamat Hari Ulang Tahun yang ketiga honey. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke jannah. Masa ni sambut kat dataran pahlawan. Jalan2 Melaka saja. Makan aiskrim. Tema baju oren. Seronok sangat dapat keluar dengan honey. Tidak terhingga gembiranya. Semoga dapat sambut lagi pada tahun2 akan datang. Hubby akan selalu menyanyangi, menyintai dan merindui honey tak kira di mana hubby berada. Sesungguhnya kasih ini ikhlas untuk honey.
#16 April 2014
#Dataran Pahlawan
#Melaka

Port Dickson Negeri Sembilan


Makan malam dengan honey kat kedai tom yam. Suka sangat honey makan tom yam. Hubby ikutkan jela. Janji honey gembira dan dapat makan. Lapar sangat dah ni. Tema baju warna biru. Warna favourite honey. Makan lauk-pauk malam tu. Kenyang sangat. Sampai tak larat nak makan lagi. Masing2 buat muka comel saja dalam gambar tu. Cute saja kan.
#15 April 2014
#Port Dickson
#Negeri Sembilan

Chicken Rice Shop Kota Tinggi Johor


Masa ni datang Kota Tinggi. Lepas tu honey bawa keluar jalan2 dengan adik2 sekali pergi main bowling. Dah puas main bowling pergi makan pula. Makan chicken rice shop. Memang kenyang sangat. Makan ramai2. Seronok sangat.
#11 Mac 2014
#Chicken Rice Shop
#Kota Tinggi
#Johor

Memori 2013


Ini adalah kisah kami pada tahun 2013. Tidak dapat dilupakan kenangan yang terindah ini. Akan sentiasa terpahat di dalam hati kami buat selamanya. Terima kasih tuhan kerana menemukan kami dan memberikan kebahagiaan ini. Hubby akan menyanyangi, menyintai dan merindui honey hingga akhir hayat. Tiada yang lain, hanya honey seorang saja.
#2013
#Taman Seribu Bunga Ayer Keroh Melaka
#Limbongan Klebang Melaka
#Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka
#Hari Ulang Tahun Kedua
#Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor
#41 Wksp Medan (Aw) Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur
#Selamat Hari Jadi Mohammad Quayyum
#Afamosa Theme Park Alor Gajah Melaka
#Country Garden Danga Bay Johor
#Melaka <3 Johor

Country Garden Danga Bay Johor


Pergi Johor hari ni ke rumah honey. Naik bas dari Melaka sampailah ke Kota Tinggi. Sampai saja kat sana honey ambil dengan kereta kembara. Lepas tu terus pergi rumah honey. Wajib makan kalau pergi ke rumah honey. Nak2 tu sambal macho. Memang sedap. Lepas makan baru keluar. Dengan 1 family sekali keluar. Pergi jalan2 kat Country Garden, Danga Bay. Dah puas pusing2 kat sana, pergi makan steambot pula kat tepi pantai. Satu hari suntuk jalan. Memang seronok sangat. Malam tu nak balik Melaka makan Kfc kat larkin. Makan saja. Memang gemuklah kami berdua nanti. Terima kasih honey sebab luangkan masa bersama. Terima kasih juga buat papa, mama, angah, abang dan adik2 sebab sudi bawa jalan2. Memang puas berjalan hari tu. Terima kasih sangat2.
#24 Disember 2013
#Country Garden
#Danga Bay
#Johor

Afamosa Theme Park Alor Gajah Melaka


Hari ni main bowling kat mahkota parade dulu. Dah puas main bowling baru pergi afamosa pula mandi. Tema baju biru dan kelabu. Mandi sampai puas kat situ kan honey. Dah puas mandi nak balik beli la gambar kenangan kan honey. Lepas tu, buat photoshoot kat pintu masuk afamosa pula. Gembira hubby keluar dengan honey. Seronok lihat gelagat honey. Comel sangat. Terima kasih sayang.
#28 Oktober 2013
#Afamosa Theme Park
#Alor Gajah
#Melaka

41 Wksp Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur


Majlis pemakaian pangkat dari pbt ke lkpl. Gementar juga masa ni. Kena pula Encik Noh yang ambil. Habis kuat dia jerit. Tapi hilang gementar tu sebab honey ada kat sebelah bawa dulang pemakaian pangkat. Nampak bezakan. Kecik je honey. Terima kasih honey sebab ada bersama hubby pada majlis ni. Hubby rasa bahagia sangat dapat pakai pangkat ni di sisi honey. Terima kasih sekali lagi untuk ini honey.
#13 Oktober 2013
#41 Wksp
#Kem Batu Kentonmen
#Kuala Lumpur

Masjid Tanah Melaka


Masa ni baru balik dari kem tahunan di Ipoh, Perak. Latihan gabungan bersama 31 Wksp. Tapi hanya dapat ikut seminggu saja latihan. Lepas tu, balik melaka dengan Pstd Kuim sebab dia orang ada exam dan hubby ada interview kerja. Tu yang gelap saja muka masing2. Askar wataniah katakan. Ni pun keluar dalam minggu masa interview. Singgah la kedai ni minum. Memang selalu pergi sini pun. Walaupun gelap, honey tetap comel. Nanti putih la balik tu. Kan sayang.
#5 Oktober 2013
#Masjid Tanah
#Melaka

Selasa, 23 Disember 2014

Selamat Hari Jadi Mohammad Quayyum


Dapat hadiah birthday dari yang tersayang. Dapat gambar yang dalam frame tu. Bantal tu beli sama2. Thanks sayang sebab bagi hadiah. Hubby hargainya sangat2. Cantik semuanya. Hubby akan simpan dan jaga elok2 semua ni. Cuma tinggal bantal strawberi tu je dah lembik. Hehehe. Terima kasih sayang.
#27 Ogos 2013
#Jasin
#Melaka

41 Wksp Medan (Aw) Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur


Sambutan hari raya di 41 Wksp (Aw), Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur. Masa ni honey letih sangat layan orang. Jadi cook house katakan. Sempat juga ambil gambar sama-sama walaupun honey letih melayan orang sana sini. Hubby perhatikan saja honey buat kerja walaupun hubby tak berapa nak layan honey sangat sebab tahu honey sibuk. Baju tak sama pula pada kali ni sebab tak plan. Hubby lihat muka honey penat dan kesian saja. I love you yunk.
#24 Ogos 2013
#41 Wksp Medan (Aw)
#Kuala Lumpur

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Kali ni ke Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Johor lagi. Macam biasa katakan. Mesti dah tahu. Tak perlu nak cerita lagi. Seronok luang masa bersama honey sepanjang hari ni. "Love you".
#7 Julai 2013
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil
#Johor

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


Lepak-lepak di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka dengan yang tersayang. Tenang saja lihat pemandangan pantai. Duduk dalam kereta saja sebab dua-dua malas nak keluar. Muka sama-sama putih saja. Hubby sayang, cinta, rindu honey.
#28 Jun 2013
#Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Hari Ulang Tahun Kedua


Kali ni berada di Secret Resepi Tesco Cheng, Melaka. Sambut ulang tahun yang kedua. Kebiasaannya memang susah untuk sambut ulang tahun pada 16 April. Mesti pada tarikh tersebut ada hal tapi yang penting dapat sambut juga walaupun lambat sedikit. Jadi hubby bawa honey makan puas-puas kali ni. Honey katanya nak makan spageti. Hubby pun bawa honey pergi makan di secret resepi walaupun mahal tapi apalah nak dibandingkan dengan kasih sayang honey pada hubby selama ni. Gemuklah macam ni kalau makan macam ni setiap hari. Apa-apa pun hubby gembira sepanjang di samping honey. Happy anniversary to us and hope next year we will celebrate again. Hubby sayang honey, hubby cinta honey, hubby rindu honey. Muah muah muah.
#23 April 2013
#Secret Resepi Tesco Cheng
#Melaka

Isnin, 22 Disember 2014

Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka


Masa ni honey ajak hubby pergi "dinner" di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka anjuran program Diploma Pengurusan Pelancongan jadi pasangan honey. Hubby pun ikutkan saja. Tema baju kami pada malam tu warna oren. Lihat hadiah atas meja tu. Semuanya honey menang cabutan bertuah dan "prom queen". "Luck" hubby ikut honey ni. Itu yang banyak sangat dapat hadiah. Cantik sangat honey pada malam tu macam "princess".
#22 Mac 2013
#Taman Botanikal
#Ayer Keroh
#Melaka

Limbongan Klebang Melaka


Dinner dengan yang tersayang di Limbongan, Klebang, Melaka. Makan lauk-pauk sebab honey suka sangat makan lauk-pauk. "Favourite" honey tom yam. Hubby kurus masa tu dan sebab tu honey ajak makan nak bagi hubby gemuk. Hubby rindu honey.
#17 Mac 2013
#Limbongan Klebang
#Melaka

Taman Seribu Bunga Ayer Keroh Melaka


Masa ni baru balik dari Pusasda, Port Dickson, Negeri Sembilan kerana tak dapat nak meneruskan latihan atas sebab masalah kesihatan dan terpaksa membuat pembedahan di bahagian bawah perut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Perasaan sedih pada masa ni dan keadaan fizikal kurus dan cengkung saja. Nak di buat macam mana, tak ada rezeki. Sesudah dihantar balik kampung, keluarlah dengan orang yang tersayang. Jalan-jalan dan duduk-duduk di taman bunga sambil tenangkan perasaan dan luangkan masa bersama.
#14 Mac 2013
#Taman Seribu Bunga
#Ayer Keroh
#Melaka

Isnin, 1 Disember 2014

Memori 2012


Ini adalah cerita tentang kami pada tahun 2012. Susah senang, suka duka kami tetap bersama. Apa pun rintangan kami tempuhi bersama. Kami tidak akan berpisah antara satu sama lain. Hubby sayang, cinta, rindu honey selamanya.
#Memori 2012
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Gunung Ledang Sagil
#Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah
#Restoran Ikan Bakar Umbai
#Kafe Balqis Masjid Tanah
#Hari Ulangtahun Pertama
#Mydin MITC Ayer Keroh
#Mahkota Parade
#Taman Kota Jaya Kota Tinggi
#Karnival Kerjaya MITC Ayer Keroh
#Melaka Sentral
#Dataran Pahlawan
#Water Theme Park Gambang
#Melaka <3 Johor

Ahad, 23 November 2014

Water Theme Park Gambang Kuantan Pahang


Masa ini "on the way" ke Water Theme Park Gambang, Kuantan, Pahang. Kami berdua memang suka sangat pakai baju warna biru bila keluar. Hari ini jalan jauh pula "holiday" sebab selepas ini hubby akan ke Pusasda, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan. Sebelum nak pergi ke gambang, kami singgah dulu di Pantai Teluk Cempedak. Sudah jadi kebiasaan kami selalu pergi ke pantai. Selepas puas duduk di pantai, baru kami pergi ke Water Theme Park Gambang untuk mandi pula. Sesudah puas mandi di situ sampai ke petang, kami pun beransur pulang. Masa ini jalan jauh sebab takut nanti tak dapat luang masa bersama lagi. Hubby tetap sayang honey walau macam mana pun. Tunggu hubby honey.
#29 Disember 2012
#Water Theme Park Gambang
#Kuantan
#Pahang

Rabu, 19 November 2014

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


"Date" di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka selepas penat berjalan bersama. Tema baju warna biru. Duduk dalam kereta saja sebab masing-masing sudah penat & malas nak keluar. Honey suka sangat ambil gambar macam tu.  Apa-apa pun honey tetap comel pada hubby.
#25 Disember 2012
#Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Selasa, 18 November 2014

Dataran Pahlawan Melaka


"Date" di Dataran Pahlawan, Melaka sambil cari hadiah untuk kawan honey yang nak berkahwin. Beli hadiah di Hinode Shop. Akhirnya selesai juga beli hadiah. Siap buat bentuk baju lagi tu. Cantik saja hadiah tapi lagi cantik honey. Selepas tu, pergi ke rumah kawan honey di Ujong Pasir untuk berikan hadiah. Macam-macam ragam honey ambil gambar. Comel saja. Sesudah honey hantar hadiah dan bersembang dengan kawannya, hubby hantar honey balik ke KUIM. Hubby love you honey.
#1 November 2012
#Dataran Pahlawan
#Melaka

Ahad, 16 November 2014

Melaka Sentral Melaka


Masa ni hubby hantar honey ke Melaka Sentral sebab honey nak balik Johor. Memang selalu hubby yang hantarkan honey ke Melaka Sentral. Sambil tunggu bas honey sampai, ambillah gambar sekejap. Muka saling tak tumpah serupa saja. Hubby "will miss you" honey.
#29 September 2012
#Melaka Sentral
#Melaka

Karnival Kerjaya MITC Ayer Keroh Melaka


Hari ni honey teman hubby pergi ke Karnival Kerjaya di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Hubby nak cari kerja. Honey teman saja hubby di karnival tu. Honey ikut saja ke mana hubby pergi. Selepas sudah habis semua di karnival tu, keluar pergi "date". Suka sangat honey ambil gambar. Lihat honey, comel saja. Hubby rindu honey.
#16 September 2012
#MITC Ayer Keroh
#Melaka

Taman Kota Jaya Kota Tinggi Johor


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Masa ni datang ke rumah honey di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Dapat cuti kerja dua hari dan memang dah rancang nak datang ke sini. Saja jalan jauh beraya dengan mat ajak dia untuk teman hubby. Hubby nak pergi seorang diri masa itu memang tak berani lagi. Sampai saja di sana dah maghrib. Selepas tu rehat di rumah dan kemudian honey bawa keluar pusing-pusing Johor. Hubby dengan mat ikut saja honey sebab bukan tahu pun jalan di sana. Dua hari tinggal di sana. Puas jalan-jalan dan jumpa honey. Makan minum semua cukup saja. Terima kasih kepada keluarga "Elsa" sebab layan kami dengan baik sekali.
#1 September 2012
#Taman Kota Jaya
#Kota Tinggi
#Johor

Mahkota Parade Melaka


Masa ni "date" di Mahkota Parade, Melaka. Makan claypot dekat food court sebab honey sudah lapar. Asyik makan saja. Mana tak gemuk kami. Luangkan masa bersama-sama. Apa-apa pun terima kasih honey sebab sudi luangkan masa bersama. Kenangan bersama honey tidak dapat dilupakan dan sungguh indah sekali. Terima kasih honey.
#16 Julai 2012
#Mahkota Parade
#Melaka

Mydin MITC Ayer Keroh Melaka


Minggu lepas beli baju "Body Glove" ni & minggu ni pakai pula keluar "date" di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka. Tema baju kuning. Lihat tu, honey lapar sangat. Makan perlahan-lahan honey. Jangan gelojoh sangat. Nanti tersedak. Kali ni jalan-jalan di sini saja. Menghabiskan masa terluang yang ada bersama. Hubby love you honey.
#6 Mei 2012
#Mydin MIITC
#Ayer Keroh
#Melaka

Sabtu, 15 November 2014

Hari Ulangtahun Pertama


Selamat Hari Ulangtahun yang pertama honey. 1st time sambut anniversary bersama. Anniversary kami 16 April tapi sambut lambat sikit sebab honey masih study. Masa ni pergi ke Dataran Pahlawan beli baju "Body Glove" warna kuning sebagai hadiah 1st anniversary. Selepas tu, pergi main bowling di Mahkota Parade. Kebiasaannya mestilah hubby yang menang main bowling. Honey asyik kalah saja. Sudah penat main bowling pergi makan di food court. Selepas makan, jalan-jalan sekejap di Mahkota Parade dan kemudian terus pergi ke Dataran 1 Malaysia Klebang. Macam biasa duduk sambil layan angin pantai. Comel saja bergambar berdua. 1st anniversary memang tak dapat dilupakan. Semua tu kenangan yang terindah sekali. Hubby sayang honey, hubby cinta honey, hubby rindu honey. Muah muah muah.
#1 Mei 2012
#Dataran Pahlawan
#Mahkota Parade
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Kafe Balqis Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


Masa ni berada di Kafe Balqis, Masjid Tanah, Melaka. Suka sangat kami makan kat sini. Honey selalu ajak hubby makan kat sini. Honey mesti makan tom yam saja. "Favourite" honey katakan. Selepas sudah kenyang makan, petang tu kami lepak di Pantai Pengkalan Balak. Sudah kenyang makan, kena pula angin pantai. Terasa nak tidur saja. Ada buaian kat situ. Honey suka main buaian tu. Seronok saja honey. Lama dah tak pergi sana. Rindu pula. Hubby love you honey.
#10 April 2012
#Kafe Balqis, Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Restoran Ikan Bakar Umbai Melaka


Kali ni jalan-jalan "date" pergi ke Restoran Ikan Bakar, Umbai, Melaka. Honey mengidam teringin sangat masa tu nak pergi Umbai makan ikan bakar & seafood. Kesian honey, muka luka ada calar pada masa tu & tangan pula melecur terkena minyak panas. Banyak honey makan pada malam tu. Tema baju warna putih. Kami kalau keluar memang selalu makan saja. Malam tu makan sampai kenyang sampai tak boleh nak makan lagi. Nanti kalau ada masa kita keluar pergi lagi honey.
#2 April 2012
#Restoran Ikan Bakar Umbai
#Melaka

Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka


Masa ni "date" di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Duduk kat situ sambil sembang bercerita layan angin pantai. Dalam masa yang sama, "snap" gambar ini. Muka kami sama saja kan. Comelkan kami. Hubby sayang honey "until forever". "Only you honey in my heart". Jiwang pula hubby. Bila hubby ingat semua ini kembali, rindu sangat saat ini.  Walaupun honey garang tapi tetap ada kelembutannya. Hubby love you honey.
#19 Februari 2012
#Pantai Pengkalan Balak
#Masjid Tanah
#Melaka

Jumaat, 14 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Gunung Ledang, Sagil, Johor lagi kita "date". Abaikan mulut hubby yang ternganga tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan "ok". Suka sangat kami berdua pergi Sagil mandi air terjun. kata honey "sejuk mandi kat sini dan pemandangan hijau buat hati tenang sekali". Rindu nak "date" lagi kat sini dengan "my honey". Sejuk dan nyaman sahaja suasana di sini. Kalau berkesempatan kita pergi lagi honey berdua bersama2.
#31 Januari 2012
#Gunung Ledang Sagil
#Johor

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Jalan-jalan "date" di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka lagi. Luangkan masa bersama-sama. Suka sangat duduk kat sini layan angin pantai. Tenang saja jiwa. Comel honey dan putih saja. Hubby pula yang gelap. Seronok sangat dapat keluar berdua bersama. Hubby love you so much honey.
#3 Januari 2012
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Khamis, 13 November 2014

Memori 2011


Ini kisah kami pada tahun 2011. Sebenarnya gambar "1st date" tak ada dalam ni sebab hilang. Jadi ini sahaja gambar yang ada pada tahun 2011. "2nd date" kita keluar saja sudah bergaduh. Masa itu hubby tak kenal lagi honey macam mana. Sudah lama-lama baru hubby tahu honey macam mana. Kenangan ini memang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila dan akan tetap abadi dalam hati sepanjang hayat. Sayang, cinta, rindu pada honey.
#Memori 2011
#Gunung Ledang Sagil
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Dataran Pahlawan
#Melaka <3 Johor

Dataran Pahlawan Melaka


Masa ni "date" di Dataran Pahlawan, Melaka. Hubby sejuk, itu yang pakai sweater. Dulu hubby memang tak boleh sejuk2 sangat tapi sekarang sudah "ok" saja. Honey memang boleh sejuk. Itu yang "ok" je. Penat jalan pusing-pusing satu Dataran Pahlawan. "Last sekali" duduk kat tengah-tengah Dataran Pahlawan tu yang ada air pancut tu sambil lihat ikan. Alang-alang itu, "snap" gambar ini. Sweet je kan.
#27 Oktober 2011
#Dataran Pahlawan
#Melaka

Selasa, 11 November 2014

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Masa ni di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Kali ni keluar jalan-jalan "date" macam biasa. Lihat tudung honey itu, ada bunga warna hitam. Comel & "cute" honey. Melepak dekat sini makan pisang goreng sambil layan angin pantai sepoi-sepoi. Masa ni, honey sahaja yang suap hubby. Hubby makan sahaja. "Feeling" duduk dekat pantai berdua "date". Terima kasih honey atas cinta honey pada hubby.
#8 Oktober 2011
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Jumaat, 7 November 2014

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka


Masa ni berada di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Hubby ambil honey di Melaka Sentral waktu tu. Selepas tu, terus datang ke sini dengan motor Ex-5. Harta tu saja yang ada masa tu. Tema baju warna biru. Selepas "date" lama-lama di situ, hubby terus hantar honey ke Kolej.
#17 September 2011
#Dataran 1 Malaysia Klebang
#Melaka

Isnin, 3 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Gambar di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Johor lagi. Kami memang suka datang ke sini untuk mandi air terjun. Kali ini istimewa sebab pakai selipar, jam dan cincin yang sama. Terima kasih honey untuk selipar itu. Warna hijau kegemaran hubby. Jam dan cincin kita cari sama-sama di Mahkota Parade, Melaka. Cincin itu terukir nama kita di sebelah dalam. Bila rindu boleh lihat semua tu dan ingat kembali.
#10 September 2011
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil
#Johor

Ahad, 2 November 2014

Air Terjun Gunung Ledang Sagil Johor


Ini gambar masa di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Johor. Kami datang ke sini untuk mandi air terjun. Selepas sebulan hubby Kursus KADAR di Rejimen 508 Askar Wataniah, Rasah, Seremban, Negeri Sembilan dan selesai mengisi borang berhenti KUIM untuk majlis konvokesyen, kami merancang untuk "dating" mandi air terjun di sini setelah sekian lama tidak berjumpa untuk melepaskan rindu masing-masing. Gambar hubby tak ada dalam ini sebab honey tak pakai tudung masa ambil gambar dengan hubby.  Lihat muka honey penat saja. Mana tidaknya, mendaki gunung sampai atas sekali untuk mandi air terjun. Kami luangkan masa di sini untuk bergembira dan berseronok.
#30 Julai 2011
#Air Terjun Gunung Ledang Sagil
#Johor

Perkenalan Kali Pertama


Ini adalah gambar 1st dan 2nd hubby dapat daripada honey masa mula-mula kenal dan mengurat honey dulu. Masa tu kita sembang2 di facebook. Tak tahu pula honey budak PSTD (KUIM). Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air". Selepas sudah lama bersembang di facebook, hubby pun minta nombor telefon honey. Malam pada hari yang sama hubby mesej honey. Hubby pun minta gambar honey dan hubby dapatlah gambar ini daripada honey. Masa tu tak kenal lagi honey yang mana satu. Bila datang PSTD masa koku, baru tahu dan kenal honey yang mana satu. Itu pun hubby tengok honey daripada jauh saja. Bila teringat kembali semua ni, terasa manis sahaja waktu itu.
#Perkenalan Kali Pertama
#Pasukan Simpanan Tentera Darat
#Kolej Universiti Islam Melaka

Selasa, 14 Oktober 2014

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog ini di buat khas bagi menceritakan segala perjalanan kisah hidup kami daripada hari pertama bermulanya perkenalan kami sehinggalah sekarang dan akan datang. Semoga segala suka duka dan susah senang yang ditempuhi bersama menjadi kenangan yang terindah di dalam kehidupan kami dan akan diabadikan selamanya di dalam diri kami.
#nanasyggque16042011
#Melaka Johor