16 April 2011

Khamis, 19 Februari 2015

Kota Tinggi Johor


3 days 2 nights check in at ELSA homestay. Hehehe. Marah pula keluarga ELSA nanti. Terima kasih kepada keluarga ELSA terutama papa mama sebab benarkan menumpang di rumah & masakkan makanan yang sedap2. Pecal & sambal macho tu sedap sangat. Untuk adik2 yang nakal, abang doakan semoga berjaya semuanya & belajar rajin2 sehingga ke menara gading. Ada masa kita jumpa lagi & keluar enjoy sama2. Kepada honey, terima kasih sebab masih sudi keluar bersama & luangkan masa dengan hubby. Akhirnya, segalanya sudah diselesaikan & kini hati berasa sungguh selesa & tiada apa lagi nak dikatakan. Biarlah masa, waktu & keadaan yang menentukan semuanya. Ada jodoh & rezeki kita jumpa lagi di lain hari. Tercapai juga hajat honey nak makan banyak2 sampai tak terlarat nak makan semuanya. Hehehe. Hubby sentiasa mendoakan yang terbaik buat honey. Jaga diri baik2 & kerja elok2. Duit tu jangan boros sangat. Simpan sikit duit tu. Terima kasih & hubby gembira sepanjang 3 hari ni.
#29, 30 & 31 Januari 2015
#Kota Tinggi
#Johor

Ahad, 4 Januari 2015

Memori 2014


Akhir tahun 2014 terlalu banyak sekali kenangan suka dan duka, susah dan senang dihadapi bersama. Pelbagai rintangan kita tempuhi bersama pada tahun ini. Kenangan manis dan pahit tahun ini tidak dapat dilupakan. Terima kasih atas segalanya honey. Hubby sentiasa mendoakan yang terbaik buat honey. In Shaa Allah ada jodoh dan rezeki tidak ke mana honey. Azam hubby pada tahun 2015 ini hendak kuruskan honey. Chubby sangat tengok honey.
#Memori 2014
#Chicken Rice Shop Kota Tinggi
#Port Dickson Negeri Sembilan
#Kota Tinggi
#Ulang Tahun Ketiga
#Bazar Karat, Pandan Kota Tinggi
#Hari Raya Aidilfitri
#Pstd Kuim
#Hari Lahir Honey
#Dewan Seri Negeri Ayer Keroh
#Dataran Jasin
#Wedding Farid & Zulaikha
#Mencari Pekerjaan
#Melaka <3 Johor

Mencari Pekerjaan Di Melaka


Jalan-jalan cari kerja di Melaka. Mula-mula pergi Afamosa,Alor Gajah dulu. Kemudian pergi ke River Cruise, Melaka. Penat jalan satu hari suntuk pusing-pusing hantar resume kat Melaka. Semua kepenatan saja. Terima kasih honey untuk 3 hari kat sini. Apa yang termampu hubby akan bantu honey. Hubby doakan honey berjaya dapat pekerjaan. Rezeki ada di mana-mana saja honey. Hubby gembira sepanjang bersama honey. Hubby harap honey selesa sepanjang berada kat sini. Apa yang terkurang tu harap boleh terima. Ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi di lain hari. Terima kasih sangat-sangat honey untuk akhir tahun 2014.
#29, 30 & 31 Disember 2014
#Afamosa Alor Gajah
#River Cruise Melaka
#Melaka

Ahad, 28 Disember 2014

Wedding Farid Dan Zulaikha


Selamat penganti baru buat Farid dan Zulaikha. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Masa ni pergi wedding Farid kat Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor. Sebab masa kat Melaka tak dapat datang. Jadi pergi kat JB pula. Masa datang ni bawa sekali family honey. Meriah sangat majlis. Kahwin sudah kawan hubby. Ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi Farid. Terima kasih honey dan keluarga sebab sudi teman pergi majlis kahwin ni. Terima kasih juga sebab bagi tumpang tidur di rumah dan makan minum semuanya cukup.
#29 November 2014
#Wedding Farid Dan Zulaikha
#Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat
#Johor

Port Dickson Negeri Sembilan


"Date" selepas tamat latihan Kem Tahunan 41 Wksp (AW). Kami berkongsi cerita dan melepaskan rindu masing2 setelah 2 minggu jarang mesej dan call. Keluar jalan2 di Port Dickson. Lepas tu hantar honey balik JB. Hubby gembira dengan honey semalam. Terima kasih atas segalanya honey. Hubby akan merindui honey.
#9 November 2014
#Port Dickson
#Negeri Sembilan

Dataran Jasin Melaka


Masa ni bawa honey jalan2 kat Dataran Jasin. Asyik pergi Melaka saja. Kali ni pergi jasin pula. Saja bawa honey pusing2 sini. Lepas tu baru bawa honey pusing2 Melaka. Tengok senyuman honey tu, bahagia saja hubby tengok. Terima kasih sebab hadir dalam hidup hubby. Hubby bahagia sepanjang bersama honey. Terima kasih juga sebab sudi menyanyangi hubby. Hubby akan sayang honey sampai bila2. Honey tetap dalam hati hubby selamanya.
#13 September 2014
#Dataran Jasin
#Melaka

Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka


Selamat Hari Konvokesyen Honey. Tahniah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma. Hari ni hari yang berbahagia buat honey. Mestilah hubby akan datang. Hubby datang bawa katak pink yang comel tu untuk honey. Semoga selepas ni mendapat pekerjaan yang baik dan bahagia dunia akhirat honey.
#11 September 2014
#Dewan Seri Negeri
#Ayer Keroh
#Melaka